BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text

Friday, July 31, 2009

Mengapa saya inginkan broadband?

Maksud broadband ialah khidmat internet dan penghantar data yang berkelajuan tinggi.

Di rumah, saya menggunakan internet "dial-up".Manakala di sekolah pula saya menjadi sebagai pengguna broadband.Semenjak itu saya mulai menyedar kelebihan broadband yang menyebabkan saya inginkan broadband.

Saya sering berkongsi data bersama kawan saya terutamanya apabila terdapat kerja khursus yang yang harus disiapkan.Penghantaran data ini memerlukan masa yang lama.perkara ini juga akan mengambil kos yang tinggi.

Sebagai seorang pelajar,saya meminati kepada hiburan seperti mendengar nasyid,melihat video dan bermain game.Walaupun begitu,saya dapati khidmat broadband adalah khidmat yang berkualiti tinggi.Saya dapat mendengar lagu dengan lancar dan saya juga dapat melihat video tanpa memerlukan masa yang lama.

Saya mempunyai kakak dan abang.Ketika saya bermain internet,talian telefon tidak akan berfungsi.Apabila seseorang menelefon talian rumahku dengan lama, ia akan menyebabkan talian internet terputus secara tiba-tiba.

Saya suka melayari pelbagai laman web dalam satu masa.Walaupun begitu,khidmat yang saya gunakan tidak dapat menampung pengaliran data yang banyak untuk dimasukkan ke dalam data komputer.

Khidmat broadband boleh dilayari pada bila-bila masa tanpa ada gangguan telefon dan kos yang mahal akibat pembukaan internet yang terlalu lama serta pencapaian yang serta merta.

Khidmat broadband hanya memerlukan masa yang begitu sedikit apabila dalam proses menghantar data.

Kerana inilah sebab"Mengapa saya inginkan broadband"